DAMNJumaat, 16 Januari 2009
Sabtu, 13 Disember 2008
Menilai Kemampuan PAS
PAS dan UMNO masih berteka-teki siapa calon yang akan dilagakan dalam PRK Kuala Terangganu nanti. Saya tidak minat untuk mengulas siapa calon BN kerana siapa pun yang bertanding, kalau menang nanti kerjanya sudah menanti. Jawatan Timbalan Menteri akan diisi dan kerja-kerja Timbalan Menteri yang lama akan diteruskan.
Tuan Guru Nik Aziz suka kalau Mat Sabu yang jadi calon PAS dalam pilihanraya itu nanti kerana dia pandai bercakap. Dia mahu Mat Sabu jadi "tukang pukul" di parlimen. Kalau nak dikira sekarang ini pun telah ramai wakil PAS di parlimen. Apakah tidak ada yang boleh jadi "tukang pukul"?
Mungkin setakat ini beliau tidak nampak lagi wakil-wakil rakyat yang ada itu boleh bercakap sepertimana Mat Sabu. Sebab itu dia beria benar mahukan Mat Sabu jadi calon. Saya pun berpandangan begitu juga. Dalam banyak-banyak wakil rakyat PAS itu yang sering kita dengan bercakap ialah Khalid Samad, Mafuz Omar dan Salahuddin Ayub. Balik-balik orang itu, yang lain setakat memanaskan kerusi sahaja.
Tetapi yang hairannya kalau berceramah, pemimpin PAS ini bukan main lagi hebatnya. Kenapakah bila sudah diberi jawatan untuk bercakap tidak mahu bercakap. Takut ke, darah gemuruh ke ataupun tidak tahu apa yang nak dicakapkan.
Memanglah bila berceramah kita bercakap orang lain dengar sahaja. Yang mendengar pula tu orang kampung. Betul ke tak betul ke mereka angguk sahaja. Orang jerit takbir mereka takbir. Tetapi di parlimen yang mendengarnya orang pandai-pandai. Silap cakap kena bantai balik.
Tetapi kalau kita rajin buat kerja rumah, rajin membaca rasanya tidak perlu takut. Kita akan bercakap mengikut pengetahuan yang kita ada. Tetapi kalau tidak ada pengetahuan memanglah kita akan jadi tidak ketahuan.
Kalau diteliti betul-betul sebenarnya inilah masalah besar yang dihadapi oleh PAS sekarang ini. Mereka sekadar pandai bercakap sahaja. Itu pun setakat laluan sehala. Kalau bertembung memang terkapai-kapai. Itu belum lagi disuruh berfikir untuk membangunkan negara.
Jangan emosi baca artikal ini tetapi cuba renungkan dalam-dalam........

Pecah Dara
Telah lama aku buat blog ini tetapi tidak pernah sekali pun aku menulis. Kadang-kadang aku cuba juga menitipkan sesuatu di blog ini tetapi bila aku buka blog itu, fikiran aku jadi beku dan tidak tahu apa yang hendak ditulis.
Bila baca blog orang, macam-macam idea dalam kepala yang hendak aku tulis tetapi bila buka blog aku sendiri, fikiran aku jadi buntu. Apa punya penyakitlah...
Mungkin inilah yang sering orang kata, bila dah terlalu pandai, kadang-kadang jadi bodoh dan bila dah terlalu banyak idea, kadang-kadang jadi bingung.
Bagaimanapun malam ini aku nak cuba juga publishkan tulisan aku di blog ini. Aku akan tulis ikut rasa hati aku. Aku tak nak fikir apa orang akan kata. Ini blog aku, aku punya pasallah apa yang nak aku tulis. Orang lain peduli apa.
Kira malam ini "pecah daralah" kerana pertama kali tulisan aku diterbitkan diblog ini.
Apa macam boleh tak tulisan ini? Kira bolehlah buat permulaan..... Esok lusa aku tulis lagi.

Langgan:
Ulasan (Atom)